cintailah ILAHI…

October 23rd, 2007 by maadanul-jihad


Duhai jiwa yang milik-NYA,
Datang mu dari-NYA,
pergi mu jua kepada-NYA..
kepada siapa seluruh jiwamu diserahkan?
Bukankah kau pernah mematerikan janji,
sejak di alam roh lagi?
Lalu, ke mana terbangnya janji tu?

Manusia menyerahkan seluruh jiwa kepada manusia?
Tak masuk akal !
Kepada siapa sbnrnya penyerahan diri dan jiwa seluruhnya?
Tidak lain tidak bukan, hny pada KHALIQ..
bukan kepada sesapa..

Mulut berbicara, ‘CINTAKAN ALLAH’,
hakikatnya piala hati disogokkan dgn cinta, rindu pd manusia..
maka berlakulah ZINA HATI,
bukankah ALLAH sudah berfirman, "jangan hampiri zina" ?

:
:
:
:
DIA berfirman lagi,
Katakanlah: "Jika kamu (benar2) mcintai Allah, ikutilh aku, niscaya Allah mngasihi dan m’ampuni dosa2mu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Ali ‘imran:3)


DeRaP PeRjuAnGaN sEoRaNg HaMbA…

August 18th, 2007 by maadanul-jihad

Satu cerita dari seorang sahabat untuk dikongsi bersama..

 
Sewaktu kaki mula melangkah masuk ke alam IPT ni, terasa hati
berat sangat, coz ana selalu dengar tentang masalah sosial yang meruncing, melampau yang berlaku di universiti. Memang kalau ditanya,ana nak g ke tak, ana akan jawab, x nak. ‘Alhamdulillah,Di rumah, ana mendapat didikan agama, walaupun x sesempurna orang lain. Tapi, ummi dan walid sangat memntingkan batas syariat..ye lah,
kan kite ni orang Islam. Kne lah jaga batasnya, kn?’
Bila ana kata x nak, ummi terus berkata, "dheeya,kita x nak orang
fikir umat Islam ni jumud pemikirannya.. Benar, di sana ada mslh sosial. Tapi, dheeya kene fikir utk maslahah agama kita. Kalau semua org yang benar2 mjaga batasan, x nak g tmbh ilmu, maka, siapa yg akn beri nasihat n tnjuk ajar pada mereka yg agak suka terlebih
bersosial? Hmm..ummi yakin, di sana, ada lagi segolongan mahasiswa
Islam yang berjuang untuk agamanya, blajar untuk kemenangan agamanya."
waktu tu, ummi dan walid meletakkan harapan yang tinggi pada ana.
walid selalu berkata, "kita dah pupuk Islam agar terus subur. kita
tanamkan dan sematkan iman dalam hati. Walau dimana pun kita
diletakkan, kita xkn mudah tgoyah, kerana adanya benteng iman yang
kukuh. Kita tetap yakin bahawa Allah jua lah pemelihara kita."
kata2 walid terus terngiang2 di telinga..

Dalam diri berputik satu semangat, untuk berusaha membina biah solehah disana.. Moga hidup dalam redhaNYA sentiasa..

Alhamdulillah, sampai di kampus, ia tidaklah seburuk yang disangka.
Benar seperti kata ummi. saat ana menjejaki kampus, sejuk hatiku melihat ajah2 jernih menyambut dan meraikan kedatangan pelajar baru. Di situ, ana menerima didikan, biarpun suasananya tidak lah seperti di kawasan tempat tinggal di sana.
Penuh memualkan bagi diri ana melihat merpati berjoli-joli di sana-sini. Berpakaian kononnya trend kini. Jika dahulu ana hanya mendengar tentang fenomena ini, sekarang ana melihat sendiri. Na’uzubillah..
Mulut mahasiswa yang tidak pernah lekang dari usik-usikan nakal
menambahkan rasa tidak senang dalam diri.

Hari-hari di kampus ana lalui dengan penuh ujian. Namun, hadirnya
akhowat di kampus tersebut, buatkan ana tidak bersendirian.

Kesibukan aktiviti kelab dan persatuan serta lain-lainnya membawa
ana ke minggu peperiksaan. Sungguh ana katakan, ana bukanlah
cemerlang dalam semua perkara…

Ana juga seperti yang lain..Disaat ternanti-nantikan keputusan peperiksaan, bagaikan sedang menunggu hukuman gantung.

Semua tu berlalu dengan begitu pantas.. minggu ta’aruf& tautan ukhuwwah,kuliah, peperiksaan…sedar dan tak sedar, semuanya berlalu begitu sahaja…

bersambung… 481229cartoon_2

nantikan episod seterusnya….>>>>
(^_^)

Kosong! Bosan! SANTAP!!!

August 16th, 2007 by maadanul-jihad

Bismillahirrahmanirrahim…

"Terkadang rasa diri x menentu; sekejap tersenyum tenang,dan seketika pula terdiam tanpa sepatah bicara.
Pabila menjengahnya kata bicara dan cerita, tumpuan yang diberi hanya sekejap cuma. Diri terasa kosong.
Kosong!
Bosan!43b3 "

kenapa dan mengapa begitu?
dan ketahuilah, koreksi diri begitu penting kpd seorang da’ie. Muhasabah penting untuk mengimprovekan diri dan dalam masa yang sama, menegur yang lain.

Pabila situasi di atas berlaku, pelbagai keadaan dan pemikiran menerjah; lain orang, lain pula cara pemikirannya. Lain pula caranya untuk diisi ketidak tenangan diri dan kekosongan yang dirasakannya.

Bagi seorang pencuri, dia tetap berasa sendirian dan bosan;
Lantaran itu, dia mengambil langkah mengisi kekosongan dan kebosanan yang dirasakannya dengan mencuri!!

Bagi seorang pelacur, dia merasakan betapa bosan hidupnya;
dan lantaran itu memilih jalan menjual diri kepada nafsu serakahnya..menjadi hamba sang nafsu.

Kekosongan itu tetap hadir dalam diri mereka. Bukan mereka sahaja. Bahkan petani,penuntut2 di institusi pengajian tinggi, profesialisme dan lain-lain turut merasainya.
Apa yang membezakan adalah cara mengisi kekosongan itu.

Dan ketahuilah, bahawa kekosongan dan kebosanan yang dirasai itu adalah hasil dari pemberontakan iman, kerinduan pada kebenaran dan kebahagiaan hakiki.
Semua ini tidak dapat diperoleh tanpa adanya pengisian rohani. Sepertimana perut manusia yang berkeroncong apabila kelaparan, begitulah juga dengan roh yang memerlukan santapannya..

Jadi, apa sebenarnya santapan itu??…..

August 13th, 2007 by maadanul-jihad

Bismillahirrahmanirrahim…

Pagi2 ni, tergerak rasa hati, ingin mencoretkan sedikit rasa hati.
Baru2 ni, ana join satu program motivasi.  Jadual aktiviti dalam program tu x full. Banyaklah masa2 yang terluang. Dan dalam masa terluang tu lah ana baca sbuah novel.Dah habis baca. Jadi nak kongsilah sikit…

" TAUTAN HATI ".

Istimewanya pengisian tazkirah yang disampaikan melalu penulisan novel.
Asiah Yusra,Elya Khadeeja, Imtisal …
wujudkah character n characteristic tu di dunia ini kini? X mustahil.. Di sini, masih ramai lagi serikandi2 Islam yang boleh digilap kilauan Mujahadah.

Lantaran terbit rasa bertuahnya diri karakter2 tu, wujudlah rasa betapa kerdilnya diri. Jauhnya perjalanan hidupku utk sampai ke tahap tu. Setiap bicara penuh dgn da’wah.. Setiap pergerakan memukau mereka yang mendamba kebenaran yang hakiki.. pertuturan di pelihara..Seorang demi seorang mad’u ditarik untuk berkongsi apa yang ada..
Jauhnya diri dari semua itu..
Teringat seorang sahabiyyah yang berkata, ada something yg hampir menyamai diri ni. hmmm…musykil tu.. sape2 yg berkenaan tu, boleh lh bagitaw, coz ana dah abeh baca..x tahu lah yang mana 1, coz x terperasan pn.

Itu baru karakter dalam novel. Belum lagi dilihat pada Saidatina Khadijah, Saidatina ‘Aa’isyah, Saidatina Fatimah Az-Zahra..Hebatnya serikandi Islam..Hebatnya mereka dalam pentarbiyyahan; ditarbiyyah dan mentarbiyyah..

Insya’Allah, kita sama2 berusaha utk memperoleh mardhatillah..
Kita sama2 melalui proses pentarbiyyahan; ditarbiyyah dan mentarbiyyah. Apa juga ujian yang diberi, semua itu tanda sayangnya Pencipta kpd hambaNYA….

Hikmah berwudhuk dengan niat.

July 31st, 2007 by maadanul-jihad

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di

padang

Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"

Penjelasan : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

ALHAMDULILLAH…

July 4th, 2007 by maadanul-jihad

ALHAMDULILLAH
ooo ALLAH…Hontoni arigato…

benar, KAU xkn hampakan harapan hambaMU..Benar segala janji MU.. semua itu benar bagi mereka yang berpegang ada aqidah yg satu..
Aku percaya dan kepercayaan yang kuat padaMU itu membuatkan aku yakin utuk melangkah meneruskan pengabdian hidupku padaMU untuk hari2 yang seterusnya, xkira walau apa jua ujian yg bakal aku hadapi.. syukur, Ya ALLAH…

ujian yang kecil, buatkan aku sedar dan bertambah keyakinan..
suatu masa aku terleka.. lantaran ujianMU yang kecil itu membuatkan aku tersentak dan kini kembali kepada keadaan ‘normal’..

Pelihara aku, Ya ALLAH..
Pelihara ibu bapaku, keluargaku, shbt2 aku dan semua saudara se’aqidahku..
kami x mampu mengharungi ujianMU tanpa bantuan dr MU..

ada yang nak makan cili?

July 4th, 2007 by maadanul-jihad

Akhir2 ni selalu sgt dgr ada pantauan..
urmm…pantaulah..tapi jgn buat santau cukuplah…
tapi pantau utk apa? atas alasan untuk mengelakkan berlakunya sesuatu yang x di ingini seperti memburuk-burukkan sesuatu pihak dan dibimbangi berlaku serangan terhadap peribadi golongan tertentu..?

terdetik di hati seorang hamba…
apa yang seorang hamba itu diajar, bahawa,
"BERANI KERANA BENAR,TAKUT KERANA SALAH".. 

jadi, kalau seseorang itu di pihak yang benar, mengapa perlu ditakuti? apakah juga untuk menjaga imej yang bakal diperkotak-katikkan? Andai diri berada di landasan yang benar, mengapa perlu ‘kecut perut’ ? sedangan ALLAH sendiri dah kata, sesiapa yg berada d landasan kebenaran, ALLAH bphak kpdnya.. Jadi, untuk apa takut? musykil juga tu..tu pun ‘KALAU’ benar lah apa yg dilakukan. kalau buat benda yang dah terang2 salah, memang lah takut..taku temberang pecah. dah busuk dalam kepompog..bila pecah, ish3..lagi busuk seluruhnya.

tapi, kne ingat, tak de isilah kalau kalau sekarang ni..

andai bende tu memang dah dibuat, sama ada baik atau buruk, salah atau benar; memang bende tu dah di buat. dah buat. bukan planning lagi dah.. perancangan akan datang, andai itu baik, teruskan perancangan yg baik..
tapi PERANCANGAN yang BURUK,JAHAT lagi TERKUTUK yg pernah dirancang, maka tinggalkan lah..

cikgu cekgi x pernah ajar buat benda kotor, mak ayah x pernah suruh anak2 buat keje jahat..
hatta sorg pencuri,penyamun,perompak sekalipun x nk anak mereka jd macam mereka(org2 jahat)..
jadi..?
sama2lah fikirkan..

Jangan sampai ALLAH turunkan bala’ secara terus menerus, non-stop sudah lh.. cukuplah dgn apa yg berlaku sebelm ni.. dh bnyk ALLAH bg signal suruh stop buat keje x elok.. Apasal teruskan jugak..x cukup lagi kh signal2 tu? DIA bg lagi peluang untuk cari keredhaanNYA..skng bukan masa nk cari kemurkaanNYA..
memang x dop masa dan x de hak pun kita nk cari kemurkaanNYA..

Sama2 kita pk…

Wallahu’alam..

Sentiasalah bersyukur…

June 18th, 2007 by maadanul-jihad

Alhamdulillah….

Hanya itu kata-kata yang patut seorang hamba lafazkan…
kerana nikmatNYA terlalu banyak..Tak kira betapa DIA menguji hambaNYA, tetapi DIA tetap masih memberi nikmat pada hambaNYA..Dan paling penting, DIA memelihara nikmat terbesar kita, ISLAM dan IMAN..

Hari ni dah abeh exam.. Alhamdulillah…Apa yang perlu aku lakukan adalah berdoa dan tawakkal ‘alallah..Semua yang dikurniakan kepada hambaNYA, adalah atas perancanganNYA..Result? Bukan aku x kisah tentang result. Kisah..sangat2 kisah..sape nak dapat teruk? sape x nak excellent? Tipulah kalu katakan ya pada persoalan tu..Tapi aku yakin, setiap usaha ada ganjarannya..DIA xkn sia2kn apa yang hambaNYA usahakn. Betapa Pengasihnya DIA..Betapa Penyayangnya Tuhanku.. Aku yakin pada janji ALLAH..bahawasanya apabila hambaNYA menolong agamaNYA, maka DIA akan menolong hambaNYA.. Lantas, mengapa perlu ada rasa gerun? Sungguh, keyakinan pada janjiNYA itulah membuatkan aku terdaya mengharungi hidup ini.. Sesungguhnya aku tiada daya upaya melainkan pertolongan dariNYA..439714497l

DIA melihat betapa peluh yang memercik, air mata yang bercucuran dari seorang hamba melakukan segalanya untuk meraih redhaNYA..
Aku tahu, janjiNYA pasti!
Aku yakin, DIA xkan persiakan hambaNYA!!

Wahai Tuhan yang tidak pernah lalai dan leka dari melihat gerak laku hamba2NYA…KAU menyaksikan hamba2MU berlumba-lumba merebut redhaMU..Berusaha untuk terus mendaulatkan agamaMU di muka bumi ini..Bantulah kami dalam setiap tingkah laku kami..Bimbinglah kami…

ALLAHUAKBAR!!!

Ke Arah Pembebasan Baitul Maqdis dan Palestin..

June 13th, 2007 by maadanul-jihad

IDEA-IDEA HEBAT YANG PERLU ANDA DILAKUKAN SEKARANG…

Jika Bukan Kita Siapa Lagi…Jika Bukan Sekarang Bila Lagi…

Oleh :Salahuddin Al-Ayyubi 2

  1. Semua umat Islam di seluruh dunia disaran untuk memperkuatkan iman dan amal semoga pertolongan Allah akan tiba daripada pelbagai bentuk.

  1. Laksanakan Qiamullail secara berterusan,pohon kepada Allah untuk memberi kekuatan dan kemenangan kepada pejuang-pejuang Islam seluruh dunia.

  1. Selepas solat fardu dan sunat berdoalah kepada Allah agar memberikan kemenangan kepada umat Islam di Palestin,Lubnan dan seluruh dunia.

  1. Kumpulkan semua cerdik pandai Islam untuk melaksanakan segala tindakan perancangan untuk selamatkan Masjid Baitul Maqdis dan pembebasan Palestin.

  1. Gunakan internet dan teknologi ICT untuk sedarkan semua umat Islam dan penyokong kepada keamanan sejagat.

  1. Bina laman web dalam semua bahasa agar semua penduduk dunia mempunyai kesedaran akan isu penting ini. Gunakan medium ini untuk kita bertukar-tukar idea dan maklumat untuk kita laksanakan agenda Ummah.

  1. Kumpulkan semua kekuatan ketenteraan dunia Islam untuk bersedia membebaskan Palestin.Desak agar sidang OIC nanti kemukakan isu untuk membentuk pakatan ketenteraan OIC setanding dengan NATO.

  1. Kuasai media-media penting dunia seperti CNN,Reuters, CNBC,BBC dan lain-lain untuk memberi pendedahan kepada dunia akan kezaliman Zionist Israel. Negara-negara Islam yang kaya dengan kekaaan minyak disaran membeli kepentingan dalam syarikat media ini sebagai usaha pemilikan secara terancang.

  1. Semua negara-negara OIC di desak agar lebih proaktif dan bersatu dalam isu-isu Palestin dan Umat Islam daripada terus dijajah dan diperkotak-katikkan.

  1. Semua masjid-masjid di Malaysia dan seluruh dunia disaran untuk terus melaksanakan Solat Sunat Taubat dan Hajat bersama-sama selepas maghrib dan Solat Jumaat berterusan sehinggalah Masjid Al-Aqsa kembali ke pemerintahan Islam.Ini adalah senjata paling ampuh umat Islam.

  1. Boikot semua produk-produk keluaran Israel dan sekutu-sekutunya secara berterusan dalam semua bentuk samada produknya dan perkhidmatanya. Anda kena mulakan dengan diri anda sendiri,keluarga dan seluruh komuniti Islam.

  1. Negara-negara Islam disaran tingkatkan Research & Development dalam bidang sains,ketenteraan,angkasa lepas,persenjataan termaju dan semua bidang berkaitan agar kita tidak lagi dalam kongkongan negara-negara kuasa besar dunia.

  1. Beri kesedaran kepada anak-anak kita untuk bebaskan Palestin kerana isu ini adalah isu bersama umat Islam sedunia.

  1. Kuasai politik Amerika Syarikat, perhebatkan dakwah Islam di Amerika Syarikat, Britain,Perancis, China, Jepun,Rusia dan negara-negara lain. Ini akan membolehkan umat Islam di sana mempunyai suara dalam dasar-dasar luar negara Amerika Syarikat dan di PBB. Kini dasar-dasar luar Amerika Syarikat dipengaruhi oleh golongan Zionist Israel.

  1. Latih anak-anak kita untuk menjadi pemimpin yang berkarisma,berani dan berkebolehan tinggi.Pelajari dan kuasai ilmu Al-Quran dengan sebaik-baiknya, semoga dekad akan datang generasi ini mampu menterjemahkan pengajaran Al-Quran dalam semua bentuk kehidupan dunia dan akhirat.

  1. Remaja-remaja dan belia-belia di Malaysia dan dunia perlu disedarkan mengenai isu Palestin ini.Gunakan laman chatting internet untuk interaksi dengan belia dan remaja Islam Palestin di sana. Inilah masanya untuk membina persaudaraan sejati dan utuh.

  1. Perkongsian ilmu,teknologi dan kepakaran antara dunia Islam perlu dipergiatkan.Pelajari dan kuasai teknologi Nuklear daripada Iran,ceburi bidang bioteknologi, nanoteknologi, angkasa lepas,peluru berpandu antara benua, jet pejuang termaju dan lain-lain.

  1. Cerdik pandai Islam,ilmuan dan pakar-pakar dalam pelbagai bidang di seluruh dunia yang kini bekerja untuk negara-negara kuasa besar di saran pulang ke tanah air untuk membantu negara-negara Umat Islam.

Kini adalah masa untuk kita bersatu…

SILA SEBARKAN RISALAH INI TANDA JIHAD KITA TERHADAP ISRAEL ZIONIST

BEBASKAN PALESTIN SEGERA…

ALLAHU AKBAR!!!…

BEBASKAN MASJID

AL-AQSA DAN PALESTIN 12832307

nak buat maksiat…?patuhilah syarat2 ni dulu…

June 12th, 2007 by maadanul-jihad

salam…
nk bkongsi sdikit…
Ya Allah, jauhi hamba2MU drpd rs
riya’, ‘ujub, takabbur dan sgl pkra yg
mnimbulkn kmurkaanMU..
————–Muslimat3eh_1

Pada suatu hari, Ibrahim bin Adham didatangi oleh seorang lelaki yang gemar melakukan maksiat. Lelaki tersebut bernama Jahdar bin Rabi’ah.Dia meminta nasehat kepada Ibrahim agar ia dapat menghentikan perbuatan maksiatnya.

Ia berkata, “Ya Aba Ishak, aku ini seorang yang suka melakukan perbuatan maksiat. Tolong berikan aku cara yang ampuh untuk menghentikannya!”
Setelah merenung sejenak, Ibrahim berkata, “Jika kau mampu melaksanakan lima syarat yang kuajukan, aku tidak keberatan kau berbuat dosa.”

Tentu saja dengan penuh rasa ingin tahu yang besar Jahdar balik
bertanya, “Apa saja syarat-syarat itu, ya Aba Ishak?”

“Syarat pertama, jika engkau melaksanakan perbuatan maksiat, janganlah kau memakan rezeki Allah,”
ucap Ibrahim. Jahdar mengernyitkan dahinya lalu berkata,
“Lalu aku makan dari mana? Bukankah segala sesuatu yang berada di
bumi ini adalah rezeki Allah?”
“Benar,” jawab Ibrahim dengan tegas.
“Bila engkau telah mengetahuinya, masih pantaskah engkau memakan
rezekiNya, sementara Kau terus-menerus melakukan maksiat dan melanggar perintah-perintahNya?”
“Baiklah,” jawab Jahdar tampak menyerah.

“Kemudian apa syarat yang kedua?”
“Kalau kau bermaksiat kepada Allah,
janganlah kau tinggal di bumiNya,”
kata Ibrahim lebih tegas lagi.

Syarat kedua membuat Jahdar lebih kaget lagi.
“Apa? Syarat ini lebih hebat lagi. Lalu aku harus tinggal di mana? Bukankah bumi dengan segala isinya ini milik Allah?”
“Benar wahai, hamba Allah. Kerana itu, pikirkanlah baik-baik, apakah kau masih pantas memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sementara kau terus berbuat maksiat?” tanya Ibrahim.
“Kau benar, Aba Ishak,” ucap Jahdar kemudian.

“Lalu apa syarat ketiga?” tanya Jahdar dengan penasaran.
“Kalau kau masih bermaksiat kepada Allah, tetapi masih ingin memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, maka
carilah tempat bersembunyi dariNya.”
Syarat ini membuat lelaki itu terkesima. “Ya Aba Ishak, nasihat
macam apa semua ini? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
“Bagus! Kalau kau yakin Allah selalu melihat kita, tetapi kau masih terus memakan rezekiNya, tinggal di bumiNya, dan terus melakukan maksiat kepadaNya, pantaskah kau melakukan semua itu?”
tanya Ibrahin kepada Jahdar yang masih tampak bingung dan terkesima.

Semua ucapan itu membuat Jahdar bin Rabi’ah tidak berkutik dan
membenarkannya. “Baiklah, ya Aba Ishak, lalu katakan sekarang apa syarat keempat?”
Jika malaikat maut hendak mencabut
nyawamu, katakanlah kepadanya bahwa
engkau belum mau mati sebelum
bertaubat dan melakukan amal shaleh
.”
Jahdar termenung. Tampaknya ia mulai menyadari semua perbuatan yang dilakukannya selama ini. Ia kemudian berkata, “Tidak mungkin… Tidak mungkin semua itu aku lakukan.”
“Wahai hamba Allah, bila kau tidak sanggup mengundurkan hari kematianmu, lalu dengan cara apa kau dapat menghindari murka Allah?”

Tanpa banyak komentar lagi,ia bertanya syarat yang kelima, yang
merupakan syarat terakhir. Ibrahim bin Adham untuk kesekian kalinya memberi nasihat kepada lelaki itu. “Yang terakhir,
bila malaikat Zabaniyah hendak menggiringmu ke neraka di hari
kiamat nanti, janganlah kau bersedia
ikut dengannya dan menjauhlah
!”

Lelaki itu nampaknya tidak sanggup lagi mendengar nasihatnya. Ia menangis penuh penyesalan. Dengan wajah penuh sesal ia berkata, “Cukup… Cukup, ya Aba Ishak! Jangan kau teruskan lagi.
Aku tidak sanggup lagi mendengarnya.
Aku berjanji, mulai saat ini aku akan beristighfar dan bertaubat nasuha kepada Allah.”67fd_1

Jahdar memang menepati janjinya. Sejak
pertemuannya dengan Ibrahim bin Adham,
ia benar-benar berubah. Ia mulai
menjalankan ibadah dan semua perintah-
perintah Allah dengan baik dan khusyu’.

————————————-
kalu rs dh cukup,rs dpt lepasi walau
slh 1 drpd syrt2 ni,try lh…